Friday, August 29, 2008

melayu punya

saya tujukan dedikasi ini khas utk rakan sebilik saya. beliau mengadu yang saya hanya menulis dalam bahasa inggeris. baiklah kali ini saya tulis menggunakan bahasa ibunda kita semua. nak cakap pasal apa ya?

mungkin pasal aktiviti di hujung minggu. esok kami akan buat aktiviti makan-makan (ala2 kenduri mini) berserta doa selamat. rakan sebilik telah lulus peperiksaan beliau. she's an affiliate now! (opss tercakap bahasa inggeris la!ampun) ..hehe.. dahulu, sewaktu beliau sedang mengambil kertas terakhir yang maha menyeksakan ini, saya dan rakan baik kami telah berjanji akan membuat pulut kuning jikalau beliau lulus. dan alhamdulillah, lulus pun :). sebab tu la kitorang nak buat doa selamat sket. saya akan buat pulut kuning dan nasya akan masak rendang. kebetulan juga, ada 3 org lagi yg menyambut hari lahir dlm minggu yang sama. kira semua dalam satu la nie.. ada kenduri kesyukuran, sambutan harijadi dan juga sempena menyambut Ramadhan.

malam ni pulak ada malam bersosial bersama rakan-rakan sekerja. penat tuuu.. dah balik makan2 minum2 mabuk2 ..erkk yg last tu tak.. nak kene siap2 utk memasak esok. tapi seronok. maklumlah, ada 2 hari sahaja kan sebelum kita berpuasa.

eh babe, ok ker aku tulis? astagaa..melalut okay! hahahahah

No comments: